dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Felcra Sungai Ara, Johor
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Hari Terbuka Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia Felcra Sungai Ara

11 Disember 2017 | Aktiviti Terkini

Pada 10 Disember 2017, telah diadakan Hari Terbuka Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia (PI) Felcra Sungai Ara yang telah dilaksanakan di Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia (PI) Felcra Sungai Ara. Hari Terbuka Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia ini telah berjaya dilaksanankan dengan kerjasama Perpustakaan Desa, Mini RTC, AJK Masjid Jamek Felcra Sungai Ara, Persatuan Kebangsaan Pekebun Kecil Malaysia (PKPKM) Cawangan Kampung Sungai Ara dan Komuniti di perkampungan Felcra Sungai Ara. Program Hari Terbuka Ini telah bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 12.45 tengah hari. Tujuan Program Hari Terbuka ini diadakan adalah untuk memperkenalkan PI kepada komuniti setempat dalam masa yang sama mempromosikan perkhidmatan dan latihan ICT serta keusahawanan yang di tawarkan.

Di dalam Program Hari Terbuka ini, pelbagai aktiviti yang menarik telah diadakan antara ialah pameran produk usahawan tempatan,pameran mini ayam hiasan, pertandingan mewarna, Typing Speed Challenge dan banyak lagi. Antara pertandingan yang di adakan bertujuan untuk melihat potensi yang ada pada diri individu itu sendiri seperti typing speed challenge. Program Hari Terbuka ini telah di rasmikan oleh Encik Musa Bin Mohamad, Pengurus Felcra Berhad Kawasan Sungai Ara.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.